Saya tinggal di RT hostel selama 6 bulan sebelum berpindah keluar. Di hostel, semua pun mudah. Ada tukang cuci bilik, ada tukang basuh & gosok baju, ada warden yang tak pernah penat menjaga pelajar2 hostel dan kadang kala warden ni menyusahkan hidup kami kerana mereka sering mengunci bilik TV jika pelajar bising, jadi kami tak dapat tengok bola. Dalam bulan terakhir saya di RT hostel, pihak pentadbir University memindahkan kami ke tingkat atas hostel(tingkat 4) kerana mereka nak renovate tingkat bawah, dan mencantikkan lagi interior hostel itu.
Pada waktu itu, keadaan di hostel sangat bising pada siang hari kerana kerja-kerja renovate. Di India, pekerja2 buruh bukanlah datang dari negara luar. Di Malaysia, pekerja2 buruh datang dari negara luar seperti Indon, Myanmar, dan yang sama waktu dengannya. Pekerja2 buruh di India juga terdiri daripada kaum wanita dan mereka sungguh kuat sekali. Pagi2 lagi dah ready nak menggaul simen dan mengangkat pasir dan bertukang. Mereka membawa bersama anak2 kecil mereka kerana kat rumah mungkin takde orang nak jaga.
Budak2 kecil ni sangat suka bermain di longokan pasir yang tinggi menggunung hasil timbunan lori2 pengangkut pasir. Ada budak yang buat sand castle, ada yang berguling2 sambil berangan tengah berlakon movie bollywood, ada juga yang berguling2 seperti ultramen yang hampir kalah di bantai dinasor. Riang sungguh budak2 kecil ni.
50 meter depan pada RT hostel, ada lagi satu hostel bernama Nehru Hostel. Di hadapan Nehru hostel ni, ada satu kedai tukang kasut. Tukang kasut ni bukan saja membaiki kasut, malah dia juga pandai membaiki payung, beg2 yang koyak, dan dia juga diupah oleh pelajar untuk membasuh kasut, beg, motor, dan perkakas2 lain yang boleh di basuh.
Pakcik pembaiki kasut ni nampak sudah tua orangnya, dalam 50an camtu la kot. Dia sangat baik dengan pelajar. Tidak pernah berkira dan tidak pula dia menipu. Pernah sekali saya menghantar beg untuk dijahit, saya membayar dengan wang yang besar, dia pulak takde baki nak bagi dan dia kata saya boleh bayar lain kali. Lain hari saya pun pergi untuk membayar, kali ini wang yang saya berikan tak la besar mane tetapi dia takde baki juga kerana timetu kedai dia baru je bukak. Jadi saya pun bagi je duit tu dan berkata padanya "keep the change dude".
Dia menganguk tanda paham.
Hidup di India bukan seperti di Malaysia, orang di sini susah2. Saya rasa, kalau di Malaysia, jumlah yang "keep the change" tadi mungkin tak memberi banyak makna sangat kerana apabila ditukar ke ringgit Malaysia, jumlahnye tak banyak mane pun. Niat bersedekah untuk membantu orang yang mungkin susah sikit dari kita dalam aspek kewangan.
Jadi begitulah kehidupan seorang pakcik pembaiki kasut yang hari2 pakai kain pelikat.
Pada suatu hari, sedang saya berjalan nak balik ke hostel, saya melihat budak2 kecil(anak2 pekerja buruh) sangat riang bermain di longgokan pasir di hadapan hostel saya yang sedang direnovate. Seorang pakcik botak memakai kain pelikat datang kepada budak2 tu. Dia sapu tangan budak2 yang kotor itu dan memberi pisang kepada mereka. Terharu saya melihat pakcik tua yang hanya seorang pembaiki kasut pun dapat berbuat baik kepada budak2 kecil itu.
Saya ingat saya dapat membantu dia dengan memberikan wang yang lebeh jika menghantar barang kepadanya untuk dibasuh atau baiki. Tetapi sekarang saya sedar, kebaikan yang dibuat oleh pakcik itu dapat membantu saya lebeh lagi dari apa yang saya sangkakan. Mungkin bukan dalam bentuk wang dan benda, tetapi nilai yang ditunjukkan itu membuka mata saya. Kita yang tak ada masalah kewangan pun kadang2 tu susah nak keluar duit apabila ada orang yang lebih susah meminta sedikit pertolongan dari kita.
Budak2 kecil tu nampak sangat riang dan gembira walaupun keadaan mereka jauh lebih susah dari saya. Nak pergi sekolah pun tak boleh sebab takde duit. Nak beli ais-cream pun tak boleh. Mainan pun buat sendiri. Nasib baik pasir ade orang sponsor, boleh la buat playground sementara pasir masih menggunung.
Saya terpikir, "aku ni ape lagi yang tak cukup? tu pun kadang2 stress.."
Dari seorang pakcik tua yang berbuat baik, dan wajah ceria budak2 yang mungkin tak tau ape2 lagi, mungkin kita semua dapat ambil pengajaran daripada ape yang mereka tunjukkan.
Berbuat baik itu amalan yang sangat mulia, orang lain dapat belajar dari kebaikan yang kita lakukan.
Kita juga perlu bersyukur dengan segala rezeki yang telah diberikan kepada kita. Mudah-mudahan, kita dapat menjadi insan yang lebih baik.